Ninja Rewards
Pengalaman yang Menguntungkan
Hantar
Mata ganjaran anda akan ditambah secara automatik ke dalam akaun anda apabila anda menghantar bersama kami.
Tebus
Tukarkan mata ganjaran anda untuk ganjaran eksklusif seperti bahan pembungkusan, pengurangan bil, dan banyak lagi!
Naik Taraf
Hantar lebih banyak untuk mengakses lebih banyak faedah!
Taraf dan Manfaat
Inilah pandangan ringkas mengenai ganjaran dan manfaat yang tersedia! Kami sentiasa berusaha untuk memperbaiki program kami, jadi pastikan anda memantau manfaat terkini. Anda juga boleh menggunakan mata ganjaran anda untuk menebus rebat bil, baucar, dan bahan pembungkusan!*
*Sila ambil maklum bahawa program Ganjaran Ninja hanya untuk Penghantar Ninja Pro.
Soalan Lazim (FAQ)
Bagaimana saya boleh mendaftar untuk Ninja Rewards?
Sila ambil perhatian bahawa anda perlu mempunyai akaun Ninja Van Pro sedia ada untuk menyertai program ini.
Anda akan disenaraikan secara automatik dalam program ini apabila anda layak. E-mel akan dihantar untuk memaklumkan tentang pendaftaran anda yang berjaya.
Sila ambil perhatian bahawa mata ganjaran hanya akan dikumpulkan selepas pendaftaran sahaja.
Adakah terdapat yuran keahlian atau langganan?
Tidak, tiada yuran keahlian atau langganan sama sekali! Ninja Rewards adalah percuma untuk setiap penghantar Ninja Pro yang layak.
Saya mempunyai lebih dari satu akaun penghantar, bolehkah saya menggabungkan semua mata ganjaran Ninja Rewards saya?
Ya, sila e-mel kami di my-rewards@ninjavan.co. Sila ambil perhatian bahawa proses penggabungan akaun tidak boleh dipulihkan ke situasi asal.
Bagaimana untuk mengetahui akaun mana yang sudah berdaftar dengan program Ninja Rewards?
Jika anda telah menunjukkan semua akaun anda semasa pendaftaran, mata ganjaran yang diperoleh daripada semua akaun ini akan digabungkan secara automatik.
Untuk pertanyaan mengenai mata ganjaran atau akaun, sila berhubung dengan kami melalui e-mel di my-rewards@ninjavan.co.
Bagaimana saya boleh mendapatkan mata ganjaran Ninja Rewards?
Anda akan mendapat mata ganjaran dengan setiap pesanan penghantaran biasa yang lengkap bersama kami! Mata ganjaran akan ditambah secara automatik pada penhujung hari berdasarkan bilangan penghantaran yang selesai pada hari tersebut. Sila ambil perhatian bahawa penghantaran Ninja Pack tidak layak untuk mata ganjaran Ninja Rewards.
Apa ganjaran yang boleh saya perolehi?
Kami mempunyai Manfaat Eksklusif Ninja, Manfaat Rakan, dan ganjaran yang boleh ditebus untuk setiap tier. Kumpulkan mata ganjaran Ninja Rewards untuk lebih banyak faedah dan hak istimewa!