Tentang Ninja Van

Menerajui logistik berteknologi di Asia Tenggara.

a banner showing three Ryos trying to fit into a frame which represent the three founders of Ninja Van working together

Dunia semakin kecil.

Dalam dunia yang saling berhubung ini, perdagangan global dan jangkaan pengguna telah berkembang pesat, didorong oleh e-dagang. Pengguna kini menuntut kemudahan, kelajuan, dan kebolehpercayaan. Penghantaran tepat pada masanya bukan lagi kelebihan kompetitif, tetapi keperluan. Permintaan untuk penghantaran ekspres, rantaian bekalan yang efisien, dan pengurusan inventori mencerminkan perubahan corak pembelian. Perkhidmatan logistik yang berkualiti adalah kunci dalam memenuhi permintaan dinamik ini.

Siapa Kami?

Ninja Van adalah syarikat logistik berteknologi yang diasaskan di Singapura, dengan matlamat menghubungkan seluruh Asia Tenggara dan menyediakan penghantaran tanpa kerumitan untuk semua.

Nilai Teras Kami

Komitmen Kami Kepada Pelanggan

Sebagai komitmen kami untuk ketelusan dalam interaksi dengan pelanggan, carta berikut menunjukkan enam piagam pelanggan untuk meningkatkan komunikasi dan perkhidmatan kami.


Siapa sangka Ninja Van akan berkembang pesat di seluruh Asia Tenggara untuk menjadi salah satu penyedia logistik terkemuka di rantau ini, dengan operasi di enam pasaran utama – Singapura, Malaysia, Indonesia, Vietnam, Filipina, dan Thailand.

Pengasas Kami

Lai Chang Wen, one of the founders of Ninja Van

Lai Chang Wen

Pengasas Bersama + KPE

Shaun Chong, one of the founders of Ninja Van

Shaun Chong

Pengasas Bersama + KPT

Boxian Tan, one of the founders of Ninja Van

Tan Boxian

Pengasas Bersama + KPO

Pencapaian Ninja Van di Malaysia

  • Hasilkan hab terbesar di Shah Alam dengan keluasan GFA melebihi 260,000 kaki persegi.
  • Liputan 100%.
  • Lebih 10,000 pekerja dan kakitangan.
  • Hampir 5,500 Titik Ninja di seluruh Malaysia.
  • Lebih 200 hab di seluruh Malaysia.
  • Lebih 7,000 kenderaan di seluruh Malaysia.
  • Servis Logistic+ yang termasuk Ninja Fulfilment, Mart dan perkhidmatan kewangan.
  • 25 juta penerima bungkusan yang telah menggunakan perkhidmatan kami.

Jenama Rakan Kongsi Kami

the official logo of Watsons, a delivery partner of Ninja Van
the official logo of Shopee, a delivery partner of Ninja Van
the official logo of Love,Bonito, a delivery partner of Ninja Van
the official logo of Zalora, a delivery partner of Ninja Van
the official logo of Lazada, a delivery partner of Ninja Van
the official logo of Tokopedia, a delivery partner of Ninja Van

Anugerah

CXP Best Customer Experience Awards was awarded to Ninja Van in 2020
Anugerah Pengalaman Pelanggan Terbaik CXP

Ninja Van Malaysia telah dianugerahkan Anugerah Pengalaman Pelanggan Terbaik CXP 2020, mengiktiraf komitmen teguh syarikat untuk menyesuaikan diri dengan perubahan keperluan pelanggan dari segi usaha, pengalaman pelanggan, dan penglibatan. Pada tahun 2020, tahap kepuasan pelanggan Ninja Van Malaysia menyaksikan peningkatan sebanyak 30% apabila pertanyaan pelanggan meningkat tiga kali ganda dalam masa yang sama. Ini mengulangi lagi komitmen kami untuk menyampaikan kegembiraan kepada pelanggan pada masa pengalaman boleh menjadi satu-satunya pembeza yang paling penting bagi syarikat.

Best Courier Delivery of the Year was awarded to Ninja Van in 2023
Kurier Penghantaran Terbaik Tahunan

Ninja Van Malaysia telah dianugerahkan Anugerah Penghantaran Kurier Terbaik Tahunan pada 2023 oleh PC.COM Awards - anugerah teknologi terbesar di negara ini - sebagai bukti komitmen kami dalam menyediakan penghantaran yang cepat dan tanpa kerumitan kepada pengirim dan pembeli. Dengan liputan 100% di negara ini, Ninja Van Malaysia berdedikasi untuk pergi lebih jauh dan membawa perniagaan ke tahap yang lebih tinggi. Hari ini, kami merupakan salah satu syarikat logistik teknologi yang paling pesat berkembang di negara ini, menyediakan penyelesaian rantaian bekalan untuk perniagaan dari semua saiz di seluruh negara.

Putra Aria Brand Awards

Ninja Van Malaysia dengan bangganya menerima pingat berprestij dalam kategori e-Dagang di Putra Aria Brand Awards 2023—memperkukuhkan kedudukannya sebagai salah satu jenama terkemuka di Malaysia. Mengambil kira pilihan dan pandangan pengguna, program anugerah tahunan di Malaysia ini mengiktiraf jenama-jenama terbaik dalam pelbagai kategori. Dianjurkan oleh Persatuan Ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As), Putra Aria Brand Awards memberi penghormatan kepada jenama yang menonjol dalam aspek keunggulan, inovasi, dan impak pasaran.

Anugerah BrandLaureate 2024 - Integrasi Teknologi

Ninja Van Malaysia berbangga menerima anugerah Fast Moving Growing Sustainable Business & Brand dalam kategori Logistik - Integrasi Teknologi, yang menyerlahkan keupayaan luar biasa jenama ini untuk menyesuaikan diri secara strategik dalam landskap industri yang dinamik. Pengiktirafan ini melambangkan komitmen Ninja Van terhadap pembangunan lestari dan inovasi progresif, mendorong kejayaan dalam pasaran yang sentiasa berubah.

Ryo, the Ninja Van mascot standing behind a white picture frame

Mengenai Kami

Nama Syarikat:

NINJA LOGISTICS SDN BHD

Nombor Pendaftaran:

201401042483 (1118651-U)

Alamat:

P01 & P03, Level 14, West Tower, Wisma Consplant 1, Jalan SS 16/4, 47500 Subang Jaya, Selangor

Nombor Telefon: