Penyelesaian Logistik Menyeluruh bagi Perniagaan e-Dagang
Pengambilan Bungkusan
Selepas anda telah menjadualkan ambilan melalui Ninja Dashboard, staf penghantaran kami akan mengambil bungkusan daripada alamat yang ditetapkan dan menghantarnya ke gudang kami untuk pengasingan.
Batu Pertengahan
Bungkusan akan dihantar melaui udara, laut atau darat, bergantung kepada kecepatan dan ketersediaan laluan perkhidmatan. Pasukan kami akan menguruskan kesemua pelepasan kastam import dan eksport bagi anda!
Penghantaran Batu Terakhir
Selepas melepasi kastam, bungkusan dimuatkan dan disediakan untuk penghantaran ke pintu penerima. Pasukan pakar Penghantaran Batu Terakhir kami akan merangka laluan yang paling efisyen untuk bungkusan anda.
Pelanggan rentas sempadan kami
Apa kata penghantar kami
Soalan Lazim Notis
Apa yang perlu anda lakukan jika anda adalah penjual OVR yang menghantar ke Singapura?
Sila pastikan anda menyediakan maklumat berikut kepada pembekal logistik anda semasa mencipta pesanan untuk memastikan kelancaran perlepasan kastam:
- Nombor Pendaftaran GST yang dikeluarkan oleh IRAS pada tarikh berkuatkuasa pendaftaran.
- Nilai setiap item dalam bungkusan.
- Petunjuk sama ada GST telah dibayar untuk setiap item (Ya/Tidak).
Bagaimana ini mempengaruhi saya sebagai pengguna?
Mulai 1 Januari 2023, jika anda adalah pengguna di Singapura, penjual akan mengenakan caj GST ke atas barangan bernilai S$400 atau kurang ("Barangan Bernilai Rendah"), yang diimport ke Singapura melalui udara atau pos dan dibeli dari pembekal yang berdaftar GST.
Cukai jualan dikenakan ke atas nilai LVG termasuk perkara berikut:
- Kos pengangkutan dan insurans.
Rejim OVR ini tidak akan memberi kesan kepada pembelian dari:
- LVG daripada penjual yang tidak berdaftar OVR; atau
- Diimport melalui laut atau darat (tidak kira nilai); atau
- Diimport melalui udara atau pos (bernilai lebih dari S$400).
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi IRAS atau hubungi Pengurus Akaun Ninja Van anda.
Perkhidmatan Lain
Penghantaran Barang
Di Ninja Van, perkhidmatan Penghantaran Barang kami merangkumi pengangkutan udara, laut, trak, dan rel. Rundingkan dengan kami untuk mengetahui kaedah pengangkutan dan jenis kargo yang paling sesuai untuk perniagaan anda.
Ketahui Lebih Lanjut
Rantaian Sejuk Beku
Kembangkan tawaran anda untuk merangkumi barangan sensitif suhu. Teknologi canggih Ninja Cold memastikan penghantaran produk segar merentasi Asia Tenggara. Nikmati perkhidmatan yang pantas, boleh dipercayai, dan kos efektif.
Ketahui Lebih Lanjut